Aktiviti Buli Dalam Kalangan Pelajar
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing . Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati orang yang kuat . Secara kesuluruhannya , perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan latidak selesaan kepada orang lain.
Tidak dapat dinafikan pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas dan bertubuh besar atau tegap . Selain itu , mereka pula melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya . Apakah sebab menyebabkan mereka membuli pelajar dalam sekolah ?Mereka membuli pelajar kerana membuli ialah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah dan kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat , berkuasa dan tidak mudah tergetak . Walau bagaimanapun , di Malaysia pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah kerana bertubuh kecil dan pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasarah.
Kenapakah mereka sering membuli ? Sebenarnya , terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli . Antara faktor ialah rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar . Selain itu , garguan personaliti seperti golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan juga menyebabkan kes buli. Seterusnya , individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik . Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampu yang sering bersikap tidak pernah mengambil perduli perasaan orang lain .
Kesan-kesan bagi mangsa kes buli , antara itu membalas dendam kepada orang lain , Tujuanya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli . Selain itu , mereka juga hilang keyakinan diri membiarkan diri diperlakukuan apa sahaja , sanggup melaku sesuatu demi membahagiankan orang lain , tidak mahu ke sekolah dan sebagainya . sehingga ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Langkah-langkah untuk mengatasi kes buli ialah pihak sekolah hendaklah mengambil nilai bertanggungjawab untuk mendapatkan matlamat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal . Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu , pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami untuk mendapatkan respons tertinggi tentang pekara ini , identiti pelajar perlu dirahsiakan.
Dalam kelas perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifat tentang nilai. Peraturan tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli , dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.
Akhir sekali , ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang mencukupi . Oleh itu , anak-anak dapat membezakan perkara yang baik dengan yang busuk . Ibu-bapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Tuntasnya , kesemua pihak hendaklah bergarding bahu untuk mengatasi masalah itu supaya sekolah boleh menjadikan kawasan yang selamat untuk belajar . Baik kata pepatah '' bulat air kerana pembetung , bulat kata kerana muatakat . ''
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home